SELAMAT DATANG

Blog ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada semua warga PPD Sabak Bernam khususnya dalam mendapatkan maklumat terkini di PPD Sabak Bernam. Sebarang maklum balas ke arah penambahbaikan amat dialu-alukan.
Terima kasih.
Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam,
Lot 25 & 27, Jalan Besar, 45200 Sabak Bernam
Tel : 03-3216 2079
Fak : 03-3216 2093

Jumaat, 31 Mac 2017

Pelaksanaan ISO 9001 PPDSB Tahun 2017

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

1. Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan MS ISO 9001 masih diteruskan di peringkat JPN Selangor dan PPD Seluruh Selangor pada tahun 2017. MS ISO 9001 merupakan suatu inisiatif bagi meningkatkan mutu perkhidmatan untuk memenuhi kepuasan pelanggan/stakeholders.

2. Semua warga PPD Sabak Bernam merupakan tenaga penggerak bagi mencapai matlamat di atas, bergerak/bertindak secara berpasukan secara bersistem dengan berpandukan Dokumen Kualiti yang ditetapkan, dipimpin oleh seorang Wakil Pengurusan.

3. Setelah lebih 10 tahun mengamalkan SPK, kematangan warga dalam mengadaptasi SPK dalan tugasan seharian telah terserlah. Penambahbaikan dalam SPK tetap berterusan selari dengan keperluan semasa (aspirasi KPM/JPN, persekitaran dan global).

4. Tahniah dan syabas kepada warga PPDSB. Teruskan usaha baik ini dan semoga Allah merahmati kita semua.

Terima kasih.