SELAMAT DATANG

Blog ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada semua warga PPD Sabak Bernam khususnya dalam mendapatkan maklumat terkini di PPD Sabak Bernam. Sebarang maklum balas ke arah penambahbaikan amat dialu-alukan.
Terima kasih.
Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam,
Lot 25 & 27, Jalan Besar, 45200 Sabak Bernam
Tel : 03-3216 2079
Fak : 03-3216 2093

Khamis, 1 Jun 2017

Intipati MKSP

"Bahawa PPD Sabak Bernam komited untuk meneruskan pengamalan Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan MS ISO 9001:2008 dalam penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan bersedia dengan kehadiran MS ISO 9001:2015."

Download Bahan MKSP:
1. Senarai Ahli Pasukan Petugas Kualiti (PPK)
2. Senarai Tugas Ahli PPK
3. Garis Panduan Persediaan Audit SIRIM 2017
4. Rekod Pelaksanaan Audit 2005-2017
5. Visi dan Misi PPDSB 2017
6. Piagam Pelanggan 2017

Isnin, 22 Mei 2017

MKSP PPDSB Tahun 2017

Kitaran Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 diteruskan setelah selesai pelaksanaan Audit Dalam oleh pasukan audit dari BPSH dan JPN Selangor pada 2-4 Mei yang lalu. Mesyuarat Kajian semula Pengurusan (MKSP) mengambil tempat yang bertujuan membincangkan dan membuat keputusan berkaitan segenap aspek amalan SPK organisasi untuk penambahbaikan berterusan.

MKSP PPDSB pada tahun 2017 akan diadakan seperti berikut:

1. Tarikh : 31.5.2017 dan 1 .6.2017
2. Tempat : Dewan Utama / Bilik Mesyuarat Utama PPDSB
3. Masa : 8.30 pagi hingga 4.00 petang
4. Peserta : Lampiran A
5. Jadual Mesyuarat : Lampiran B

Semua ahli mesyuarat diminta menghadiri mesyuarat tersebut. Terima kasih.

Maklum balas kehadiran ahli: Klik DI SINI (Utk ahli mesyuarat sahaja)

Cadangan penambahbaikan SPK: Klik DI SINI (Utk semua pegawai dan staf PPDSB)

Download Bahan MKSP:
1. Senarai Ahli Pasukan Petugas Kualiti (PPK)
2. Senarai Tugas Ahli PPK
3. Garis Panduan Persediaan Audit SIRIM 2017
4. Rekod Pelaksanaan Audit 2005-2017
5. Visi dan Misi PPDSB 2017
6. Piagam Pelanggan 2017

Ahad, 7 Mei 2017

Pengurusan Dapatan Audit Dalam

Assalamualaikum wbt.
Taklimat dan bengkel pengurusan dapatan Audit Dalam MS ISO 9001:2008 akan diadakan bertujuan mengambil tindakan pembetulan terhadap ketidakakuran yang telah dikemukakan oleh pasukan audit. Seterusnya organisasi menentukan tindakan pencegahan bagi memastikan ketidakakuran tidak berlaku lagi dalam mana-mana bahagian.

Tarikh    : 8 MEI 2017
Masa     : 2.30 petang
Tempat  : Bilik Mesyuarat Utama PPDSB

Bahan Untuk Dimuat Turun:
Memo Dalaman :
1) Laporan Dapatan Audit Dalam
2) Pengurusan Dapatan Audit Dalam

Bahan-bahan taklimat/bengkel:
1) Laporan NCR
2) Laporan OFI
3) Analisis Dapatan Audit
4) Borang PK11-1
5) Borang PK11-2
6) Borang PK11-3

Khamis, 4 Mei 2017

Pelaksanaan Audit Dalam PPDSB

Audit Dalam MS ISO 9001:2008 di PPD Sabak Bernam telah dijalankan mengikut jadual pada 2 hingga 4 Mei 2017, meliputi semua PK yang didaftarkan bagi dokumen kualiti BPSH dan JPN-PPD Selangor. Proses audit berjalan lancar dengan kerjasama baik daripada kedua-dua belah pihak, auditee dan auditor. Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini.
Tn. Hj. Mokhtar menerima Laporan Audit Dalam

Jumaat, 7 April 2017

Audit Dalam MS ISO 9001 Tahun 2017

Assalamualaikum wbt.

Dimaklumkan AUDIT DALAM MS ISO 9001:2008 PPDSB akan diadakan pada 2 hingga 4 MEI 2017, meliputi semua proses kerja yang didaftarkan di bawah pensijilan SIRIM AR 3375 (JPN-PPD) dan AR 4166 (BPSH, KPM).

Bagi memastikan Pengurusan Audit Dalam dapat dijalankan dengan mematuhi standard yang ditetapkan, suatu taklimat akan diadakan seperti berikut:

Tarikh:    12 APRIL 2017
Masa:      9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat:   Dewan Utama PPD Sabak Bernam
Pengisian: 1) Taklimat Pengurusan Kualiti Organisasi
                  2) Taklimat Audit Dalam
                  3) Taklimat Fail Meja
                  4) Taklimat Transisi MS ISO 9001:2015

Sila pastikan kehadiran tuan/puan bagi mendapatkan maklumat terkini.
Mohon berikan maklum balas kehadiran tuan/puan melalui link ini : MB KEHADIRAN

Download Memo Dalaman
1) Makluman Audit Dalam
2) Panggilan Taklimat SPK Bersepadu

Jumaat, 31 Mac 2017

Pelaksanaan ISO 9001 PPDSB Tahun 2017

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

1. Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan MS ISO 9001 masih diteruskan di peringkat JPN Selangor dan PPD Seluruh Selangor pada tahun 2017. MS ISO 9001 merupakan suatu inisiatif bagi meningkatkan mutu perkhidmatan untuk memenuhi kepuasan pelanggan/stakeholders.

2. Semua warga PPD Sabak Bernam merupakan tenaga penggerak bagi mencapai matlamat di atas, bergerak/bertindak secara berpasukan secara bersistem dengan berpandukan Dokumen Kualiti yang ditetapkan, dipimpin oleh seorang Wakil Pengurusan.

3. Setelah lebih 10 tahun mengamalkan SPK, kematangan warga dalam mengadaptasi SPK dalan tugasan seharian telah terserlah. Penambahbaikan dalam SPK tetap berterusan selari dengan keperluan semasa (aspirasi KPM/JPN, persekitaran dan global).

4. Tahniah dan syabas kepada warga PPDSB. Teruskan usaha baik ini dan semoga Allah merahmati kita semua.

Terima kasih.

Selasa, 17 Januari 2017

Format Standard Borang TNT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan, telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun PPD Sabak Bernam Bil 1 Tahun 2017  pada 10 Januari 2017 bahawa Borang Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri yang standard seperti di Lampiran hendaklah digunakan. Arahan adalah berkuatkuasa mulai 10 Januari 2017. 

Berikut adalah penerangan kepada Borang Tuntutan Perjalanan yang dilampirkan :

1. sheet muka srt 1, muka srt 2, muka srt 3 & muka srt 4 merujuk kepada Borang Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri. 

2. sheet  ELAUN MAKAN merujuk kepada Kadar Elaun Makan untuk rujukan.

3. sheet  BAYARAN SEWA HOTEL merujuk kepada Kadar Sewa Hotel untuk rujukan.

4. sheet  ELAUN PERJALANAN KENDERAAN merujuk kepada Kadar Elaun Perjalanan Kenderaan untuk rujukan.

5. sheet  B.Mklmt Penerima merujuk kepada Borang Maklumat Penerima Bayaran Perseorangan/ Individu yang hanya perlu diisi oleh individu yang kali pertama membuat tuntutan perjalanan di PPD Sabak Bernam dan lampirkan bersama Borang Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri.


Kerjasama tuan /puan amat dihargai dan didahulukan ucapan terima kasih.

UNIT KEWANGAN DAN AKAUN
PPD SABAK BERNAM

Download Borang TNT DI SINI (Format kemaskini 30.3.2017)